Tuesday, January 31, 2012

'Cinta si tukang kasut'

Hari ni baru mula shooting telemovie terbaru aku, 'Cinta si tukang kasut'. Berlakon dengan Ayu Raudah,
rasa macam dah lama tak jumpa dia.. makin berseri-seri muka dia lepas kahwin ni eh.. semoga berkekalan ke akhir hayat..

Penggambaran seluruh cerita ni akan dijalankan di kawasan Tanjung karang, Kuala Selangor. Jadi aku akan bertapak kat sini dalam masa 5-6 hari mcm tu.
Bila duduk kat sini terus teringat 'Adam spot' dengan rumah 'Haji Hassan' dlm 'Nur Kasih',
aku ingat esok kalau ada masa nak singgah sana sekejaplah. Rindu dgn 'mak'.

Telemovie 'Cinta si tukang kasut' ni akan ditayangkan di Astro.
Saluran mana? tarikh keluar? itu aku tak pasti lagi, nanti kalau dah dapat 'confirmation' aku akan bagitau kat sini.

Ok, aku nak mandi sekarang.

16 comments:

  1. Selamat shooting. Kirim salam 'mak' ye. (;

    ReplyDelete
  2. kim salam mak tom kalau sempat singgah ke rumahnya yea...

    ReplyDelete
  3. Try ur best ;)
    Will support u dri jauh....
    Far away,
    salam dr Brunei..alya

    ReplyDelete
  4. hmm... mesti best nie... x sabar plak rase nk tgk crite cinta si tukang kasut ni... anyway.. slamat bershooting.. :): my latest post : GILA style - proton ARTIGA

    ReplyDelete
  5. Heh, my hometown dah semakin glamor nampak.

    ReplyDelete
  6. Selamat Bershooting!

    Dgn Ayu Raudhah ek? Dengar cm best je cerita ni. Xsabar nk tgk gandingan Abg Remy dan Ayu. Selamat menikmati keindahan padi...

    Kirim kan salam pada 'mak' jugak ye? (>.<)

    ReplyDelete
  7. ramai gak artis yg cuba buat blog... tapi lazimnya jarang2 jer diorang dapat up date blog kan?

    ReplyDelete
  8. yess... mesti best crite ni... hero n heroin yg best... :)

    ReplyDelete
  9. handsome gila abang tukang kasut nih!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, Slmt bershooting En. Remy! Bila membaca kisah ini, tetiba teringatkan Adam Hj. Hassan & rumah (Nur Kasih & NKTM). tak sabar rasanya ingin menonton drama terbaru En. Remy ini. Hayatilah sebaris ayat ini: "TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN": Ayat ini diberikan kpd Lynne oleh guru yg mengajar semasa berada di Form 3 & semoga ianya dpt memberikn semangat utk En. Remy meneruskan kehidupan seharian serta terus berusaha dgn lebih gigih lg. Lynne juga mendoakan semoga En. Remy memenangi anugerah Pelakon TV Terbaik pd. ABPBH 2011 nanti! Insya-Allah.

    ReplyDelete
  11. klu lah tukang kasut hemsem mcm nie hari2 mahu hntr kasut...

    ReplyDelete
  12. malam ni di Astro Prima jam 10malam..saksikan :D

    ReplyDelete
  13. sorry bertanya..ari tu tggu gak kat dptn tv kul 10 mlm Astro Prima...x de pun citer ni..ke aku yg tersilap tarikh @ jam kat umah rosak.....compius makcik..

    ReplyDelete
  14. Remy berlakun ok, tapi ceritanya alahai sangatlah ringan.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...

    Sangat mantap lakonan En. Remy & Ayu Raudhah dalam "Cinta Si Tukang Kasut" malam tadi, kelakar habis... tak sangka pulak Atuk & Mak Mentua Badrul pun Bercinta ye... Akhirnya Lola dapat juga menerima kehadiran Badrul dalam hidupnya.

    Lynne akan terus menunggu filem, drama & telemovie lakonan En. Remy seterusnya.

    GOOD LUCK & ALL THE BEST!!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...
    nak tanya, muzik latar yg part ayu raudhah belanja remy mnum air tu, lagu ape eh?

    ReplyDelete