Friday, January 20, 2012

Kronik

Terkebil-kebil mata aku pandang lampu bulat sebesar kepala gajah dalam bilik tidur, sepatutnya aku dah tidur sebab pagi nanti ada kerja, tapi penyakit tak boleh tidur aku makin mengganas semenjak dua ni, lebih-lebih lagi lepas habis penggambaran filem 'TyIcKooUnS'.

Semalam pun aku tidur pukul 6am, tapi nasib baik tak ada kerja yang nak dibuat pada sebelah pagi, itu pun pukul 10am aku dah bangun... haish... masalah....
Tidur lewat bangun awal, aku tahu itu memang tak bagus untuk kesihatan fizikal dan juga mental, siapa-siapa yang mengalami masalah tidur ni mesti akan terjebak dengan penyakit-penyakit lain, 'sewel' adalah yang paling cerah peluangnya..
yelah... bila tidur tak cukup emosi mesti terganggu, boleh jadi terlalu sensitif dan pemarah, bila mood kacau bilau maka 'sewel' lah jadinya..! ah.. bahaya ni..!

Macam-macam kaedah dan teori dah aku praktikkan untuk dapatkan tidur yang normal, dari baca buku, kira kambing biri-biri, beli produk herba, minum susu, minum air coklat, naik motor pusing-pusing dalam 'town' semata-mata nak bagi badan letih dan mengantuk, alih-alih... pukul 6am juga baru tidur... kalau masa tak bekerja tu takpe lah juga, bole juga bangun lewat, tapi kalau tengah bekerja mcm ni?
ahh... kronik....

19 comments:

  1. assalamualaikum...
    adakah ini salah satu cara utk mengisi masa sebelum tertidur.... :)
    sekadar bergurau..maaf.
    Tahniah atas blog dan moga kekal berterusan..

    ReplyDelete
  2. Abang Remy!!!!!!!!!!!!!!! Selamat Menulis....... :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Mohd Zalimie Ishak!Agak2 kalau mata susah sgt nak lelap tu, solatlah dulu...insyaAllah, tidor pun lebih lena...:)

    ReplyDelete
  4. Salam Remy...good job for the new blog! Terbalas segala penantian peminat... Btw, agaknya susah nk tido tu sbb xde teman...kene kawin cepat2 tu...hehehehe

    ReplyDelete
  5. selamat menulis encik remy my most favourite actor...kalau x boleh tido tu blogging je la kaedahnye..ayat sewel pun sewel la..yg penting telus+jujur+lahir dari hati suci encik mohd zalimei ishak..kami followww....

    ReplyDelete
  6. salam abg remy . . sha skong pe yg k.rose ckp 2. . solat lah,mmperbnykkn mmbaca AL-QURAN n Brzkir . .Tdor abg remy psti lena nti dgn iringan PAHALA yg abg remy buat.. :D

    ReplyDelete
  7. Cuba zikir

    Laa ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzalimin

    ReplyDelete
  8. hola..

    a.rems, azwa da follow mellow a.remy hehehee...

    susah nk tido ye, kalo smua kaedah2 nk tido dah cuba, try jumpe dokte, mntak nasihat n ape prlu di wat...

    slmat menlis...

    ReplyDelete
  9. saya pernah mengalami masalh ni. apa yg sy bt, baca surah Yasin berulang kali smpi tertidur dgn sndr. cubalah :)

    ReplyDelete
  10. akhirnya... remy ade blog... yes yes yes.... walaupun dh xde tweet... but still boleh follow kt sini... remy... nape DAK' AMAT? terang skit??? happynya bila ada blog ni... :D

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. me too,..sometimes ssh tido,..tp nti kembali normal cuma ambil masa jer...kadang2 cam remy jugak 6 am baru tido...so smtra mata ngantuk layan korea dulu or drama2 melayu..hehhe

    ReplyDelete
  13. mmg ssusah kalau ada masalah tidur ni.. kadang rasa macam nk pecah kepala.huhu

    ReplyDelete
  14. jam biologi rosak la ni ye tak? :)
    boleh je betulkan semula. just repair dengan tidur ikut masa semula. time tidur, tidur la. mula2 memang payah. tapi lama2 okay la.

    tapi kalau dah kerja yang menuntut dan jadi penghalang, takdapat la nak tolong :)

    ReplyDelete
  15. Hi Remy, saya dah hadapi masalah tidur sejak 2000...skrg 2012, means dah 12 tahun
    :( Bukan setakat sewel..sasau , meroyan sume ada...so sangat lah paham klu bab org mslh tdoooooo

    ReplyDelete
  16. biase la tuh dah selalu tido lewt..sbb itu bila nk tido awal susah..cm sya jgk..hehe..tp sebelum tido tu jgn lupa selawat dan baca ayat kursi..insyaallah boleh tido...;-)

    ReplyDelete
  17. gua slalu kalu xleh nak tido, gua g mandi lu..segarkan badan, then smayang sunat hajat, mintak dipermudahkan urusan.tapi x slalu r masalah xleh tido ni..tapi, yg slalu gua buat, slawat byk2 atau zikir byk2 sebelum tido...sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  18. hahaha
    lawak ler, nak kira kambing biri2
    sama ler sya pon dah mula susah nak tido
    Jd x dapat ler nak mnolong.
    Cuma, mgkn bole berzikir skurang2 menambah pahala. :)

    ReplyDelete