Thursday, January 26, 2012

'Runtuhnya Sebuah Dosa'

'Runtuhnya sebuah dosa' telemovie terbaru aku baru je habis penggambaran semalam, kak Erma cakap cerita ni ditayang pada malam 'Maulud Nabi' 5hb nanti, jadi aku rasa ada baiknya kalau  aku 'war-war' kan pada semua disini.

Penggambaran telemovie ni bermula 18 January yg lepas, lokasi penggambaran kebanyakkan di  sekitar KL, cuma satu hari je kami di Melaka, buat 'scene' hospital.
"Perghhh... buat 'scene' hospital sampai ke Melaka ah?" tapi itulah hakikatnya, terpaksa kesana semata-mata untuk menggunakan ruang 'ICU'.
Sebenarnya bukan senang nak dapat pakai ruang 'ICU' untuk penggambaran dimana-mana hospital dalam Malaysia ni, tapi alhamdulillah kami telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak hospital  di sana.
Terima kasih buat PUTRA SPECIALIST CENTRE MELAKA, semoga dakwah kita dalam telemovie ini mendapat berkat.

Telemovie 'Runtuhnya sebuah dosa' arahan Erma fatima ini mengisahkan tentang masyarakat melayu moden yang semakin hilang pegangan dan kepercayaan dalam agama Islam, selalu membelakangkan hal-hal agama dan Al-quran dalam mengecapi kebendaan dan kemewahan dalam hidup didunia.
Apabila kecelakaan menimpa, sesetengah masyarakat melayu masih tidak menyedari kesilapan yang telah dilakukan terhadap Allah SWT dan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cerita ini, jangan lupa untuk menonton pada malam 'Maulidur Rasul' 5 FEB 2012 (sabtu) , di TV3 nanti.

Antara pelakon lain yg terlibat selain dari aku adalah, Dato' Rahim Razali, Dato' Aziz Singgah, Azizah Mahzan, Tiz Zaqyah dan Beto Kusyairi.

Diharap dengan penayangan telemovie ini nanti dapat memberi serba sedikit pengajaran dan pelajaran buat kita semua dalam meneruskan hidup di bumi tuhan.

Salam....

Dato' Rahim Razali sebagai 'Mansur'


18 comments:

  1. telemovie WAJIB tengok nie... a.remy, sempat la balik kpg, dah dekat da tue.... hehee.. :)

    ReplyDelete
  2. Well done Mr Rems..

    Semoga usaha kalian semua diberkati..:))aminn

    ReplyDelete
  3. gabungan pelakon-pelakon yg mantap....mesti tonton ni!!...:)

    ReplyDelete
  4. patutlah selalu dengar krew & pelakon shooting scene hospital area-area yg jauh dari KL @ tempat shooting...rupanya hospital susah nak allowed buat shooting ni rupanya...

    ReplyDelete
  5. ok, akan ditonton pada malam tersebut. telemovie MESTI tgk, sbb lakonan abg remy jadi WAJIB tengok!

    hope cerita itu dpt disampaikan kepada semua dgn baik agar dpt memberi kesedaran buat kita semua sebagai Hamba Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. best. berlakon with ur beloved one @ tiz zaqyah

    ReplyDelete
  7. wah..harus tonton ni....RITZ..(^_^)

    ReplyDelete
  8. Salam Mr Rems...."Runtuhnya Sebuah Dosa" dah keluar iklan kat TV3..
    Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua...amin...

    ReplyDelete
  9. remy ishak!!!
    i really adore the way u act.. n mase malam tadi u appear mase ajl.. i just like to scream..

    ReplyDelete
  10. huwawawa abg remy minta maaf sesgt.....kita dah share ngan kekwn kat tenet pasal telemovie nih. arap abg x marah. kami excited sgt nih............maaf abg remy.

    ReplyDelete
  11. aku dah tengok dah..giler touching..insaf jap..nway, suare lu mase ngaji tu betol2 suare lu k?? terkesima aku jap..tapi, yang tang bace doa selamat tu, tu memang sore lu kan,,

    ReplyDelete
  12. Kenapa awak nampak kurus dalam telemovie ni ek?Mcm dah susut sket badan.Ada nak menghayati apa2 watak dalam mana2 filem atau telemovie ke?

    ReplyDelete
  13. erm..sy snanye kurang faham ngan cite ni.pelakon sume best2..tpi ending die tu cm xprepare je.mcm tbe2 tgk, pastu abes cm tu je..kecewa sgt tgk aritu.huhu

    ReplyDelete
  14. Assalam. telemovie yg memberi pengajaran, walapun telah ditimpa musibah..tetapi masih ada segelintir masyarakat yg masih tidak menemui keinsafan dan tidak bertaubat! Memang menarik walaupun diakhir ceritanya habis camtu sahaja..!!!

    ReplyDelete
  15. salam remy... just watch runtuhnya sebuah dosa...sebuah drama yg sgt berkesan from kak erma....really luv to watch ritz in this drama...seolah2 kami melihat driri anda yg sebenarnya...seandainya anda dpt membimbing seseorng manusia kearah kebaikan...itu adalah satu kejayaan...tp andainya tdk...jgn mudah putus harapan...anggplah itu satu cabaran...mgkn tdk secara zahir..tp cukuplah hati kamu utk berdoa semoga insan itu berubah hatinya....

    ReplyDelete
  16. Baca Yassin tu suara Remy ke? Wahh boleh join Imam Muda lepas ni :D

    ReplyDelete