Monday, February 6, 2012

Sedar...

Bila duduk sorang-sorang macam ni aku selalu terkenang, mengimbas masa-masa silam aku,
susah payah aku menempuh hari-hari di kota Lumpur seorang diri semata-mata nak mencari rezeki.

Daripada  zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.

Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.
Ye... aku berubah, sekurang-kurangnya sekarang keluarga mampu tersenyum atas perubahan yang telah  aku lakukan.

Aku bukannya tahu yang aku pernah ada sedara-mara di KL masa mula-mula sampai kat sini dulu,
dan aku pun tak pernah nak menyusahkan dia orang untuk tanya dan ambil tahu dimana dia orang berada kalau dia orang ada kat sini sekalipun.
Bagi aku.. bila aku menjejakkan kaki aku di kota lumpur ini, aku sendiri yang harus mencorakkan kehidupan aku, aku sendiri yang kena pilih untuk jadi apa yang aku mahu dalam hidup aku.
Ini ruang hidup aku, dan aku kena berdikari untuk mencari dan menjadi yang terbaik.
Maka, oleh kerana ada pemahaman yang macam tu dalam benak kepala aku, itu yang 'end up' aku tidur dalam masjid masa mula-mula sampai kat sini dulu :)

Aku selalu sedar..., aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah...

Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa... aku maafkan kamu.

Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah 'Dia' yang satu, tahu tentang kebenarannya.

Dengan manusia..,
aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia.
Cuma apa yang aku perlukan adalah, rasa hormat terhadap pendirian, pemahaman dan perjalanan hidup aku sebagai manusia daripada manusia yang lain.
Tak kiralah samada kita mengenali antara satu sama lain ataupun tidak, sifat menghormati itu adalah sifat yang terpuji disisi  Allah SWT.
Beringatlah sementara kita semua masih berpijak dibumi-Nya..
Kita kena selalu sedar siapa diri kita...

83 comments:

  1. Terharu baca this entry... humble & honest. One of the reasons why I admire you Remy is bcoz you don't pretend to be someone else you're not. You just be yourself. Semoga terus tabah mengharungi hidup... take good care or yourself & not to forget, take good care of RITZ... ;-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara penulis dengan coretan di atas. Aku terharu dengan semangat dan ketabahan saudara dalam menempuh hari-hari yang dilalui.
    Betul kata-kata penulis,kita hendaklah mengingati masa-masa lalu kita supaya ia boleh membakar semangat dan azimat untuk kita meneruskan hidup di hari-mendatang...
    Aku doakan semoga saudara terus berjaya dalam setiap apa jua yang saudara lakukan dan semoga dilindungi oleh rahmatNYA...Aminn....
    Sekali lagi terima kasih aku kepada saudara penulis dengan coretannya yg begitu ikhlas...

    ReplyDelete
  3. sebab itu saya suka awak,humble..awak tak macam org lain..teringin nak kenal sapa itu 'REMY ISHAK'...mana nak ada sekarang kalau tak lalui masa silam right..

    ReplyDelete
  4. ingin dihormati... kita kena belajar hormat org lain jugak kan.. :)

    ReplyDelete
  5. Nice pic...nice entry..semoga anda terus cemerlang :)

    ReplyDelete
  6. aku begitu kagum dengan mu wahai hero ku...semoga kau akan sentiasa berjaya , yg pasti hati kita mesti ikhlas n sentiasa jujur dlm setiap perbuatan, yg penting sekali walau d mana kita berada jgn lah kita lupa pada yg di atas insyallah kau akan sentiasa d bawah lindungan nya...

    ReplyDelete
  7. sebelum ak terlupa, biarlah mereka membuat 1001 penilaian tentang dirimu, yg pasti hanya insan yg benar2 ikhlas meminatimu yg akan sentiasa berada d belakang tatkala susah atau pun senang, moga kau sentiasa berjaya Remy...amin..

    ReplyDelete
  8. Alhamdullllah, baru saya faham remy ni macamana orangnya.,bravo,keep it up!

    ReplyDelete
  9. Dear Remy,

    ~ APPRECIATE yesterday.. FOCUS on what you have today.. and PLAN for what you want to achieve tomorrow ~ Allah will be by your side.. Amin..

    ReplyDelete
  10. Siapalah kita dengan kejayaan hari ini tanpa kepayahan hari semalam. Orang yang berjaya tanpa sebarang kegagalan adalah orang yang 'gagal dalam kejayaan'. Tiada erti sebuah kejayaan tanpa kegagalan. Jika dulu kita di bawah, kita akan lebih mnghargai kejayaan sekarang.. Yang paling penting walau diuji dengan kepayahan pun, kita harus bersyukur dengan ujian dariNYA.

    Apa-apa pun Remy, yang paling penting, walau teruk mana sekalipun kita pernah jatuh, jangan pernah putus asa, teruskan USAHA, terus berDOA dan terus berTAWAKAL..

    P/S: Saya peminat RITZ harap hubungan both of you will last forever.. Jaga Tiz elok2 dan bertolak ansur dalam hubungan. Kami sentiasa mendoakan hubungan anda berdoa.. Aminnnnnn.... @___@

    ReplyDelete
  11. Arwah mak Saye selalu pesan biar la ape org nk Kate asl kn kite tahu niat kite. Kite sedar asl usul kite , kite bepegang teguh pada pegangan kite Kerana disaat kite dlm kesulitan Walaupon kite rase Perit lalui nye seorang diri yakin la Tuhan adalah teman yg paling setia yg tidak sekali pon meninggal hamba Nya disaat senang mahupon susah..kerana DIEmasha mengetahui..Insyallah awak mampu mengharungi Semua ini..:))

    ReplyDelete
  12. Seperti ada sesuatu.. Rasa macam pernah jumpa RI di KLCC dan MO dulu2..

    ReplyDelete
  13. Benaaar....Ketika hidup ini berjalan dgn mulus & sukses, jgn lupa melihat ke belakang. Asal-usul kita, dari keadaan yg bagaimana pergumulan kita dgn Tuhan & berkat-berkat yg sudah kita nikmati selama ini.

    Menoleh ke belakang adalah tindakan utk melompat lebih tinggi. Hanya org yg berani mengevaluasi diri akan selalu melihat peluang & menganalisis pencapaian yg bakal diperoleh ke depan.
    Seperti Driving.. 'Start' selalu dimulai dari belakang menuju ke depan dgn konsentrasi & fokus yg lebih baik.


    All E Way..Remy...!!!
    Thx for sharing dis wif us.. Love this entry so much..!!
    Semoga perjalanan hidupMu akn lebih berjaya berbekalkan kesabaran serta ketabahan hati..diiringi Doa & Restu Ilahi ... :)

    ReplyDelete
  14. all the best remy!
    be humble & semoga terus berjaya d arena seni.
    keep writing!

    ReplyDelete
  15. one thing i love about u is : YOUR BODY GESTURE, its really perfect for you...
    good luck in everything u do..amin...

    ReplyDelete
  16. teringat novel n karekter "aku,dia n sesuatu" kalo tak silap lukisan komik gayum or ayei...

    ReplyDelete
  17. good luck bro. apa yg telah terjadi, sedang terjadi dam akan terjadi adalah rencana hidup sebagai manusia. tak mencabar kalau hidup takder masalah. apa yg penting, ingat Allah swt dan bersyukur atas segala nikmatNya. :D

    ReplyDelete
  18. assalam remy..tahniah ada entry sendiri !!..ehem kadang2 kepayahan masa lalu mengajar kita erti sebenar kehidupan..semuga remy terus berjaya dan tidak lupa diri..insyaallah, Allah akan memberkati hidup remy.. :)

    ReplyDelete
  19. Kejayaan akan lebih bernilai jika ianya datang dari titik peluh & usaha sendiri tanpa mengharapkan ornag lain..keep up ur gud job.

    ReplyDelete
  20. Dear Remy,

    Patutlah rasa mcm ada sesuatu... Now I remember u, tu pun ingat2 lupa.. Kurang pasti samada Remy yg sy kenal dulu tu adalah Remy Ishak atau tidak.. Kalau betul, baguslah.. Kalau salah saya minta maaf dan sila abaikan cerita di berikut..

    Rasanya sy mula kenal Remy long time ago masa zaman Tango, KLCC.. dulu sy suke lepak di Tango.. masa tu waiter favourite is Remy.. sebab dia buat kerja bersungguh.. x mcm waiter lain..

    Apa yg saya boleh katakan ialah Remy ni gigih orgnya.. dari dulu lg.. orgnya bercita-cita tinggi.. orgnya tak byk berckp dan polite, tapi seronok bila kita berbual dgn dia.. dia banyak bertanya dari segi mcm mana nak improve life especially in KL.. dari situ sy tau dia bercita-cita tinggi dgn berbekalkan keazaman yg tinggi.. pd masa tu, hati kecil sy berkata, InsyaAllah budak ni akan berjaya satu hari nanti... nasihat sy pada masa itu pada dia hanyalah.. "Kita kena pandai pilih kawan dik.."

    Lepas sekian lama menjadi teman bersembang antara customer-waiter di Tango, sy terjumpa balik Remy di MO masa dia hantar mknan di bilik. Sempat bertanya khabar dan smbg kejap. Itulah kali terakhir sy jumpa Remy..

    Remy, kalau saya salah orang, saya minta maaf banyak-banyak ye.. Lagipun saya kurang pasti Remy pernah kerja di mana sebelum ini.. Lagi sekali saya mohon maaf.. All the Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ..
      berkali2 baca this komen, truly deeply remy ada vision hidup kan..mendoakan buat yang terbaik untuk remy yang sedang berada di ATAS hari ini..dan mengharapkan remy meneruskan kerjaya nya dengan tidak dipengaruhi oleh anasir2 luar! keep it up!!!bless!!

      Delete
  21. Tahniah dengan adanya blog ini. Rajin-rajinlah update, ok?
    Teruskan perjuangan tanpa lupa asal usul diri.
    Akak doakan kejayaan akan sentiasa mengiringi.
    All the best!

    ReplyDelete
  22. Allah Maha Besar..Allah Maha Agung..smoga dipermudahkan segalanya..aminn..

    ReplyDelete
  23. Guru saya pernah berpesan pada saya, "Berhati-hatilah dengan mereka yang selalu memuji kamu, dan usah risaukan mereka yang selalu mengkritik kamu." Tiada yang lebih berharga dari pengalaman sebab pengalaman yang mengajar kita tentang kehidupan. Teruskan usaha dan semoga berjaya dalam apa jua yang dirancang. Yang penting, berusahalah bersungguh-sungguh dan bertawakkallah kepada Allah.

    ReplyDelete
  24. ape2 pon sy meminati anda dalam kelas yg tersendiri. semoga bjaya dgn ape saja yg anda lakukan. :)

    ReplyDelete
  25. x sume brani dan bangga dengan kelemahan dan kekurangan diri, sejarah masa lampau..u r so trustworthy in this case,i salute u bro..be proud of ourselves..we need to believe in our two feet, less depends on others. but, we still need people around us, coz no man is an island

    ReplyDelete
  26. jatuh bangun hanya diri kita sendiri yang dapat merasai serta menghargai segala pahit manisnya.....proud 2 read that..=)

    ReplyDelete
  27. All the best!!
    kejayaan dengan kudrat sendiri adalah jauh > manis.. :)

    ReplyDelete
  28. Sesungguhnya ALLAH menguji hamba-Nya mengikut kepada kemampuan hamba itu sendiri...selalulah muhasabah diri dan sentiasalah mengingati ALLAH di saat kita semua berduka atau bergembira...ingatlah ALLAH sentiasa memerhati setiap apa yg kita lakukan dan mengizinkan setiap perkara yg buruk dan baik utk terjadi..jadi, sebagai manusia,kitalah yg mencorakkan kehidupan kita agar sentiasa berada dalam lembayung dan redha ALLAH...sy doakan anda beroleh kejayaan dunia dan akhirat serta sebuah keluarga yg beroleh redha ALLAH...wallahualam...
    p/s: pesanan utk diri saya sendiri dan juga muslimin dan muslimat sekalian..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  29. suram giler tempat ni bro.chill and have fun k! hoho

    ReplyDelete
  30. pengalaman adalah guru yg terbaik.. :D , fokus in evrythg u do..niat yg baik, insyaAllah ada kemanisan yg menanti .

    ReplyDelete
  31. wah! keep it up abg remy :)
    semoga terus success dalam bidang yang diceburi :)

    ReplyDelete
  32. life is soo colourful..

    usaha, doa, tawakal..insyaallah berjaya kat dunia n akhirat~~

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah, daku sangat tersentuh dgn penulisan kamu. itu-lah keikhlasan diri tentang diri sendiri. semoga Allah bg ketabahan pada kamu untuk menghadapi Ujian-Nya.

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah...bgs kalau kita selalu muhasabah kan..br kita dpt baiki diri sendiri..teruskan pejuangan :D

    ReplyDelete
  35. Rindu tetibe kat remy...hurrmmm...semoga dipermudahkan semua kerja ye en. remy...selamat maju jaya..semoga Allah sentaisa merahmati mu hendaknya....amin amin amin...semoga apa yang hendak dicapai dimakbulkan oleh Allah S.W.T.....

    ReplyDelete
  36. Salam Abg Remy, Cuti 4 hari ini sy ternanti2 entry baru abg. Rupanya baru tersedar hampir 2 hari sy offline sebab tumpukan masa bersama anak. Skrg baru ada masa utk memikirkan ttg hero pujaan malaya, abg remy.

    Alhamdulillah abg remy adalah insan yg sentiasa bermuhasabah diri. Bagus. Kerna xsemua dikalangan kita, hamba Allah yg sering memuhasabah diri. Terlalu leka dgn nikmat dunia. Suka duka jatuh bangun seseorang adalah kuasa Tuhan tetapi kita sendiri yg perlu mencorakkan diri sendiri. Betul kata abg remy.

    Saya kagum dgn abg atas usaha yg tidak terhingga merubah nasib diri dan keluarga hingga ke tahap ini. Kagum sangat. Kagum juga semangat abg utk berjuang menjadi anak seni dgn menghayati segala jenis watak yg diberi dgn baik. Syabas! Harap pujian daripada kami yg menyokong abg tidak membuatkan abg leka dan alpa. Tetapi pujian ini dijadikan sebagai semangat dan pemangkin utk abg lebih berjaya.

    Sy akan sentiasa menyokong karier dan hasil seni insan bernama Remy Ishak. Chiyok!

    p/s: Mode layan cerita seram Kubur tak Bertanda. Bila abg remy nk berlakon cerita seram pulak? Kami tunggu... Btw, nice caption! ;)

    ReplyDelete
  37. mesti remy ingat lagu nie ...
    sesuai ....

    Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur


    Aku datang dari desa,
    hanya sebatang kara...
    Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara...
    Setiba di kota raya ku giat berkerja
    berlumba lumbar mengejarkan apa yang dicita.
    meskipun badai yang melanda
    aku terus melangkah mengharungi hidup kota
    dengan sepotong doa agar kehidupanku lebih maju
    bermakna cuba membela nasib agama,
    bangsa negara
    Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
    Menyinari hidupku..
    Kota yang penuh..
    dengan cabaran
    Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
    Menyinari hidupku..
    Kota yang penuh..
    dengan harapan...
    Si miskin dan si kaya semua tiada dibeza
    di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
    Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
    bertapa aku terharu dan sungguh berbangga
    Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
    Menyinari hidupku..
    Kota yang penuh..
    dengan cabaran
    Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
    Menyinari hidupku..
    Kota yang penuh..
    dengan harapan...

    ReplyDelete
  38. Salam Remy,
    Asalkan kita yakin pada diri sendiri..masih menjaga batas2 sebagai umat Islam..itu dah cukup drpd mendengar kritikan yg hanya bt semangat kita jatuh..biar kritikan itu menjadi batu lonjatan utk kita bangkit seperti dicabar..semoga kehidupan Remy terus bersemangat..
    jgn lupa Allah swt..itu adalah segala-galanya yg kita teruskan hidup adalah kerana mencari keredhaan Allah swt kerana di sana adalah kehidupan abadi..

    ReplyDelete
  39. semoga terus berjaya dlm kerjaya...

    ReplyDelete
  40. Dakamat ~ hidup ni mmg macam roda kadang2 kita kat bawah dan kadang2 kita kat atas... dan pandangan paripari dari seorang kawan kepada seroang Dakamat (sebagai insan biasa, bukan sebagai artis) Allah itu tidak akan menguji hambaNya jika dia tahu hambanya tidak mampu menghadapi sume tu, dan Allah selalu menguji hamba2nya yang dia sayang... (so pada kita2 semua yang sering diuji Allah jgn mengeluh, sbb setiap yg berlaku ada sebabnya) jadi lah kita org2 yg beruntung kerana DIA sentiasa mengingati kita lebih dari insan2 lain :)... semoga dipenghujungnya kita akan temui cahya kebahagian... insyallah :)

    ReplyDelete
  41. Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah :)

    ReplyDelete
  42. Hi Remy, its me Chenta, u remember when i first wrote to you kat myspace..that was when i was in UK. Sangat bangga melihat your progress, Keep it up and I wish you the best.

    ReplyDelete
  43. Sedih pulak baca entry ni Remy.. insya'allah, bila Matahari tenggelam di ufuk barat, sinarnya pasti muncil kembali diufuk timur.. doa dan tawakkal dalam mengharungi 'kegelapan' malam semoga sinar keesokan harinya bisa menerangkan kembali 'kegelapan' itu...

    ReplyDelete
  44. kenalilah agamamu,tuhanmu,rasulmu,sesungguhnya drimu akan tahu utk apa kamu dlahirkan,dan kenapa kamu berada dmuka bumi ini,smga trus bjaya didlm karier

    ReplyDelete
  45. semoga terus tabah dlm melayari kehidupan di muka bumi ini....

    ReplyDelete
  46. hi..salam kenal...suka tengok lakonan2 awak..best..and my hubby kenal awak..dia kata masa awak keja kat Mandarin Oriental..time tu awak waiter room servis..selalu dia marah..ingat lagi tak..Chef Zalmen...
    apa pun..all the best in ur karier..

    ReplyDelete
  47. Alhamdulilah, kita sebagai "kuman" di bumi Allah, sentiasa diuji. Namun carilah jalan yang disediakan yg secerah mungkin.

    http://mimpiygxsudah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  48. salam kenal daripada jiran sekampung.

    bila dapat tahu anda org masjid tanah,terdetik di hati...la,org kampung rupanya..hihi..saya punya kampung di kampung lendu.berjiranlah kita kiranya.tapi kota lumpur ini juga yg menjadi tempat mencari rezeki dan meneruskan perjuangan hidup yg masih bersisa.moga anda terus berjaya,elakkan galamour yang tidak bertempat yg boleh menjatuhkan anda dan seterusnya menyukarkan utk anda bangkit semula.sesunggunya apabila dah jatuh,agak sedikit sukar utk bangun semula.wallah'hualam.

    ReplyDelete
  49. apa yg kita lalui tu semuanya pengalaman yg berharga. barulah kita appreciate life kita.

    ReplyDelete
  50. salam saudara

    peribahasa 'bersusah susah dahulu dn bersenang senang kemudian' sgt tepat kn..
    bila kita merasa kesusahan dahulu baru la kita akan lebih menghargai kesenangan yg kita kecapi..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
    alhamdulillah anda sudah berjaya mengubah hidup keluarga anda..

    moga anda terus berjaya dn sentiasa di rahmati Allah..Amin2

    ReplyDelete
  51. Sy suka anda berlakon. kerana bakat anda. serius! :))

    ReplyDelete
  52. pengalaman akan mematangkan diri kita.suka dengan lakonan anda. teruskan ek...

    ReplyDelete
  53. Dak amat-org melaka memang selalu guna perkataan Dak untuk panggilan pangkal nama..harap u terus sukses dan jadi diri sendiri ye.

    ReplyDelete
  54. pengalaman ini adalah satu pengalaman yang berharga supaya kita x terlalu mendada diri ini dan mendongak ke langit tanpa melihat ke bawah....sesuatu perjalanan yang bermula dengan kesusahan akan mendapat kemanisan akhirnya....tabahkan hati dalam mengharungi cabaran yang Allah S.W.T beri ini....kerana Allah menyanyangi umat-Nya yang selalu diberikan ujian....anyway....semoga sukses dalam segala apa yang dilakukan...yang penting sentiasa ikhlas dlm melakukan apa kerja sekalipun....mostly HALAL....BEST OF LUCK....

    ReplyDelete
  55. harap remy jd hamba Allah s.w.t yang terbaik..AMIN
    : )

    ReplyDelete
  56. Alhamdulillah..bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Dia :)

    ReplyDelete
  57. Ni baru betul2 nk komen..dh tgk suma tulisan remy..apa yg bolh disimpulkn..awak betul2 insan yg mnakjubkn..sbb ini bukan tahap penulisan biasa..org ade degree dlm komunikasi jg bolh dikalahkn. Sy betul kagum dgn cara penyampaian dan cara olahan remy..

    ReplyDelete
  58. Hai remy, i got ur blog address from beautifulnara. nice blog anyway.

    ReplyDelete
  59. remain the humble, and the good side of you..
    hopefully dipermudahkan sgala urusan, djauhkan dr sgala kntroversi ..
    remy tetap remy yg dulu =)

    ReplyDelete
  60. Good Luck and all the best mr remy....
    Bila berada diatas jgn sesekali lupa tunduk ke bawah!:)

    ReplyDelete
  61. Alhamdulillah..

    Semoga peribadi dan kerjaya anda seiring meningkat maju..
    Kiranya ada media menyentuh peribadi anda, hadapi dengan tenang.Jernihkan yg keruh, ambil yg tenang..Jaga hati org yang ikhlas menyayangi anda..

    P/S: Kosmo 12 Feb...

    ReplyDelete
  62. En. Remy kalau kasi gemuk skit mcm dulu boleh?? Kuyus je nampak sekarang.. ni mesti akibat kurang tidur..

    ReplyDelete
  63. Selamat maju jaya dalam kerjaya. Kehidupan dahulu hanya dalam ingatan untuk kejayaan masa hadapan.

    ReplyDelete
  64. terharu membaca perjalanan hidup remy, semoga terus tabah dan tidak give up..

    ReplyDelete
  65. jadilah seperti lebah, mangambil hanya yang terbaik dan menghasilkan juga yang terbaik, bila berjalan jangan hanya mendongak melihat awan.. sesekali lihatlah rumput di bumi...selalu mengagunmi lakonan anda! Good Luck!

    ReplyDelete
  66. kau mmg power la mat...jom lepak minam kek bas sten masjid tanah

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. " Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya. Bagi seseorang mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakan, baginya pula dosa atas kejahatan yang dilakukan " Surah Al-Baqarah - ayat 286

    ReplyDelete
  69. Sabar, cekalkan hati untuk mengharungi segala rintangan & dugaan yang melanda dlm dunia ini. This is a good post, tahniah Remy ;) Alhamdullillah, sifat rendah diri tidak merugikan kita.

    ReplyDelete
  70. Buah durian itu berduri kerana sedap isinya..Kulit manggis itu pahit kerana manis isinya..Bunga mawar itu berduri kerana harum baunya..SubhanAllah ciptaan Allah. Begitulah juga perjalanan hidup kita manusia yang Allah ciptakan..penuh ujian, halangan dan rintangan..Tetapi dengan istiqomah, doa, kesabaran dan tawakkal, InsyaAllah kejayaan dan kebahagian akan menjadi milik kita akhirnya.

    ReplyDelete
  71. Alhamdulillah.kdg pgalaman yg susah ngajar kita sll bsyukur dan tidak lupa diri. Cri lah yg benar utk dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  72. salam satu persahabatan..hai bro,apakabar?its me u fren scott from sabah...sorry bro kalau ada ayat terkasar bahasa,,hidup di perantauan tak seindah yang kita rasa,,tawa dan tangis itulah teman sejati di kala kita mula kenal erti pengalaman,,tak susah untuk menjadi diri sendiri,,akui diri dalam kebenaran,,meskipun ada hati yang terluka,untuk kebaikan bersama,,mak aku ada pesan,,ni buat abg remy,,,pancinglah ikan lauatan dalam mana sekalian pun,bila kita makan isi ikan rasa tetap sama,,so siapa pun diri kita,,di mana pun kita berada,,jangan kedekut buat kebaikan,,abg remy,,jika sesuatu buat kita rasa tersenyum,pertahankanlah,tapi kita ada sesuatu buat kita rasa sedih,,tinggalkan,hidup ada pilihan,,,semoga kau susces bro,amin,insahallah

    ReplyDelete