Friday, March 2, 2012

Cinta dalam Hati



'Cinta dalam hati...',
Projek terbaru dan drama bersiri aku yang pertama untuk tahun 2012,
drama ini akan ditayangkan di saluran RTM.

Rasa macam dah lama sangat tak bekerjasama dengan RTM.
Kali terakhir aku menyumbangkan tenaga kerja bersama mereka adalah pada awal tahun 2011, itu pun sekadar drama cereka (Telemovie).
Kali ini aku berpeluang untuk terus menyumbangkan karya dengan mereka,
dan pada kali ini juga untuk satu durasi yang agak panjang, 13 episode.

Aku suka naskah ini,
aku suka pada jalan cerita, konflik dan setiap watak yang ada didalamnya.
Walaupun pada awalnya aku merasakan bahawa naskah ini cuma biasa-biasa saja pada ketika membaca sipnosis, tapi hakikat yang sebenar..
Setelah selesai membaca dan meneliti setiap babak dan helaian episode nya,
aku merasakan sesuatu tentang naskah ini.
Ianya lain.

Ye... ini mungkin cerita biasa, sama seperti drama-drama yang sedia ada di kaca TV.
Apa lagi yang boleh kita jangkakan daripada drama-drama melayu?
membikin drama TV tidak seperti menghasilkan filem-filem seni.
Tapi 'lain' yang aku maksudkan dari naskah ini adalah dari segi pengisian dan kekuatan jalan ceritanya sebagai sebuah drama TV.

Ketika aku membaca penulisan dan penceritaan Mira Mustafa didalam naskah 'Nur Kasih' (series),
perasaan dan hati aku sering dibuai dengan setiap permainan dan babak-babak yang dicipta Mira,
penulisannya berjaya mencuri tumpuan aku untuk terus mendalami dan menghayati setiap babak,
hingga membuatkan aku terperangkap didalam roh dan emosi watak 'Adam hassan' dan juga cerita itu sendiri.
Terdetik dalam hati aku pada ketika itu mengatakan bahawa naskah itu adalah 'sesuatu',
dan aku percaya ia akan menjadi 'sesuatu' juga.

Sekarang aku merasakan perkara yang sama,
'Cinta dalam hati' membuatkan aku tidak sabar untuk menjadi 'Dino Abadi' setiap hari,
aku menjadi rindu pada watak itu, aku kasihankan watak itu.
Ah.. gila!


Aku bukan setakat tidak sabar untuk menjadi 'Dino Abadi',
malah aku juga tidak sabar untuk menjalani hari disamping watak-watak yang lain.
Menghadap situasi dan masalah dari setiap watak yang wujud.

"Dino, seorang penulis skrip yang menetap jauh dari bandar, tidak boleh melupakan bekas kekasihnya arwah 'Munira'. 'Munira' meninggal dunia akibat barah paru-paru.
'Dino' mahu menunaikan janjinya terhadap 'Munira' walaupun wanita itu telah tiada.
Kematian 'Munira' meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri 'Dino'.

'Mak Yam', ibu kepada arwah 'Munira' amat terharu dan serba salah terhadap 'Dino',
'Dino' sanggup menghambakan diri untuk menjaga 'Mak Yam' setelah pemergian 'Munira',
'Dino' bekerja keras dengan membantu menguruskan tanah kebun dan sawah milik 'Mak Yam' untuk wang perbelanjaan 'Mak Yam'.
Dia juga sanggup berhabis duit untuk mengubati penyakit dan menjaga 'Mak Yam'.
'Mak Yam' merasakan perbuatan 'Dino' itu umpama menyeksa diri 'Dino' sendiri.

'Dino' telah menulis sebuah skrip yang berjudul 'Cinta dalam hati',
skrip yang mengisahkan perjalanan hidupnya bersama arwah 'Munira',
dia juga telah berjanji kepada arwah 'Munira' untuk membeli sebuah mesin 'Hemodialisis' untuk 'Mak Yam' dan juga orang-orang kampung.

'Cinta dalam hati' adalah janji 'Dino' kepada arwah 'Munira'.
'Cinta dalam hati' adalah kisah hidup antara 'Dino' dan 'Munira',
'Cinta dalam hati' adalah harapan 'Dino' terhadap orang-orang kampung.

Akan tetapi, seorang penerbit muda bernama 'Rio' telah mengambil kesempatan keatas skrip yang ditulis oleh 'Dino'.
'Rio' telah menggunakan 'Cinta dalam hati' untuk kepentingan dirinya sendiri.
'Rio' juga menjadikan hidup 'Dino' bertambah tak keruan dgn ugutannya apabila seorang pelakon popular bernama 'Irama', wanita yang dicintai 'Rio' mula jatuh hati kepada 'Dino'."

Apakah 'Dino' dapat mengotakan janjinya terhadap arwah 'Munira'?
Apakah skrip 'Cinta dalam hati' dapat dijual oleh 'Dino'?
Apakah filem 'Cinta dalam hati' dapat diterbitkan?
Ini semua bakal terjawab bila drama ini ditayangkan.

Selain daripada perjalanan hidup Dino, Rio dan Irama, ada lagi beberapa watak lain bersama konflik menarik yang aku tak ceritakan disini, rasanya lebih elok dan seronok kalau ditonton bersama keluarga di depan kaca TV nanti. Diharap dapat menanti kemunculan cerita ini dengan penuh rasa sabar :)

24 comments:

  1. like it..x sabaq nk tgk..nanti update la bila keluaq..

    ReplyDelete
  2. Im loving it! Cant wait to watch ;)

    ReplyDelete
  3. Hhmmmm sounds interesting! lookin forward to it ;) musti meletopz....

    ReplyDelete
  4. okeh x sabar nak tgk nanti!! ^^,

    ReplyDelete
  5. wauuu mcm menarik crite nih... xsbr nk tggu!!! btw, nama2 watak mmg klasik.. :-)

    ReplyDelete
  6. salam...rase nye haemodialysis (Hemodialisis) adalah salah satu kaedah rawatan yang paling banyak dipilih bagi pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang. Secara prinsipnya, kaedah rawatan hemodialisis adalah untuk menggantikan fungsi kerja buah pinggang iaitu menapis dan membuang sisa-sisa metabolisme dan lebihan cecair, membantu menyeimbangkan unsur-unser kimia didalam badan disamping membantu menjaga tekanan darah.

    Rawatan hemodialisis diperlukan apabila fungsi kerosakan atau kegagalan buah pinggang mencapai tingkat 5 dari kategori kegagalan ginjal. Doktor pakar akan menentukan paras fungsi buat pinggang seseorang dimana mereka yang perlu mendapatkan rawatan hemodialisis terdiri daripada mereka yang berada didalam kategori 'End Stage Renal Disease'
    ....tapi untuk barah paru paru( lung cancer mungkin ventilator kot...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin hemodialisis tu untuk mak yam,yang sakit barah paru paru munirah,betulah remy cakap tu

      Delete
  7. tu la miss cotton...tp x kisah lah. tggu update dr remy je lahh. pasti tonton! bukan janji tapi pasti haha! (kalau x kena outstation oversea lah ms tu..)

    ReplyDelete
  8. misscotton

    maaf.. ada kesilapan sedikit di situ. saya terlepas pandang dengan perenggan tersebut. terima kasih kerana menegur.

    ReplyDelete
  9. looking forward to watch this drama....

    ReplyDelete
  10. mengidamkan saat itu ...saat menonton cinta dalam hati..dalam ada hati ada taman bunga...good luck cik remy .

    ReplyDelete
  11. dah lama jugak x nonton channel rtm..tq remy sbb bakal naikkan rating rtm x lama lagi..haha..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum En. Remy...
    "Cinta Dalam Hati" adalah sebuah naskhah yg menarik, ianya penuh dgn emosi, sehinggakan Lynne yg membaca tulisan En. Remy pun boleh mengalirkan airmata & merasa kesedihan yg dilalui oleh "Dino Abadi"... apatah lagi apabila menontonnya di kaca tv nanti! Sila update tarikh & waktu tayangannya di sini ye! Semoga En. Remy Sukses dgn. karier di masa2 akan datang!!

    "ALL THE BEST 2 YOU!!

    ReplyDelete
  13. X sabarnya nk tgu this episode. Apa pun slmt mnjalani pengambaran. :)

    ReplyDelete
  14. Menarik bila agak nye akn dia tayang kn di rtm

    ReplyDelete
  15. siapa empunya blog "dak amat" ni?

    ReplyDelete
  16. Hmmm.. rasanya Remy tidak mempunyai masaalah dalam menghidupkan watak2 berat sebegitu sebab Remy memang 'superb' melakonkan drama2 berat ni. Watak komedi yang Remy lakonkan pun not bad... Teringin sangat nak tengok Remy melakonkan watak yg betul2 'antagonist' pulak. Sisi lain Remy Ishak.

    ReplyDelete
  17. aik mane MeQs punye comment... tapi xpe lah... MeQs hanya nk ucapkan tahniah.... buat Adam hassan (dh terbiasa panggilan ini) sesuai sgt... teruskan perjuangan Adam dalam menwarnai dunia seni... dgn landasan yg betul...

    ReplyDelete
  18. Hnya dengan membacanya hati telah mnjadi sayu.. Leh bayangn keperitan hati dino.. Tp, sy yakin dgn kbolehan Remy.. Sure citer ni mmpu mngalirkn air mata n mnyentuh jiwa.. Chaiyok2x...!

    ReplyDelete
  19. teringat kembali cerita "Kau Untukku"...saya minat kamu

    ReplyDelete
  20. Tak nak datang kat Sungai Dorani ke buat penggambaran drama ke ?.Dah ramai penerbit lain yang buat lokasi penggambaran mereka....

    Boleh jalan-jalan kat sawah, pantai dll lagi :http://homestayjkkk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, Slmt Pagi En. Remy! Apa perkembangan terbaru dunia lakonan anda?

    ReplyDelete