Saturday, March 31, 2012

Misi selesai.

Maka tamatlah sepenuhnya penggambaran drama episode yang bertajuk 'Cinta dalam hati'...
Setelah hampir 4 minggu berhempas pulas mengabdikan watak 'Dino Abadi' dalam diri,
sekarang aku bebas,
bebas sepenuhnya.
Fuhh... lega!
Baru rasa macam boleh bernafas sedikit..

Aku tak nafi, memang penggambaran kali ini dilakukan dengan secara tergesa-gesa,
berikutan jadual setiap pelakon dan semua tenaga kerja yang terlibat telah padat untuk bulan yang berikutnya.
Maka itu, kami perlu menyelesaikan projek ini mengikut waktu yang telah dihadkan,
iaitu pada penghujung Mac.
Begitulah nasib kais pagi makan pagi.

Drama ini telah melibatkan banyak lokasi, dan yang jauh-jauh ratanya,
dari Kuala Lumpur, Hulu Langat, Port Dickson sehinggalah ia membawa kami semua ke kampung Sungai Rambai di Melaka.
Itu sudah cukup untuk membuatkan kami semua lelah mengejar masa,
ditambah pula dengan cuaca yang sering tidak menentu buat ketiga-tiga negeri ini,
menyebabkan risau dibenak kepala selalu menular, takut jikalau tidak dapat menepati masa yang telah termaktub.

Namun..
Alhamdulillah.. kami telah berjaya menyiapkan 'Cinta dalam hati' mengikut seperti yang dirancang,
tapi bila aku mengenang kembali cara kami semua bekerja  didalam projek ini,
aku boleh tersenyum seorang diri bila teringatkan keletah setiap dari kami yang terlibat dalam soal mengejar masa.
ada manis, ada pahit.
ianya umpama seperti sedang menyelesaikan misi didalam 'Amazing Race' show.
heh..
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik dan lancar pada proses yang terakhir untuk drama ini nanti.

34 comments:

  1. hi remy...dah blh rehat dah...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....
    lamenye xbukak blog dak'amat...
    bila bukak hari nie ade post baru...
    sukanya....:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah... Semoga berjaya di masa2 akan datang. Happy rasanya bila En. Remy sudi membaca kesemua tulisan Lynne. terharunya diri ini. Lynne ada terbaca di twitter ttg filem terbaru En. Remy iaitu 'Bravo 5'. Suka ngan penampilan terbaru En. Remy, betul2 mcam komando.

    "Good Luck & ALL The BEst!!

    ReplyDelete
  4. akhirnya ada entry latest.. ^^,

    x sabar tngu karya baru dari abg REmy..yes! :D

    ReplyDelete
  5. Begitulah nasib kais pagi makan pagi. :)

    ReplyDelete
  6. cantik pic...agak2 bila Cinta Dalam Hati akan disiarkan ye?

    ReplyDelete
  7. There's always another mission to accomplish.. And we know you will always going to make the mission perfect. It will always going to be an uphill battle and sometimes.. you gonna have to lose. So, dear Remy.. wish you happy hibernation and happy happy coming birthday :)

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun ke 30 Mr Remy, semoga cepat-cepat bertemu jodoh dgn beloved Tiz Zaqyah, dan sentiasa bahagia selalu di dalam lembayung rahmatNYA..amin!

    ReplyDelete
  9. Salam abg amat :-) ..tesentuh bace setiap tulisan abg tu.. Ikhlas sgt.. Semoga dgn kejayaan ni abg x lupe dr mane kita dtg, dan yg penting jgn lupekan keluarga..abg ade funclub ke? Nak follow boleh? :D

    ReplyDelete
  10. tahniah..apapun pnampilan br menampakkan kelainan..

    ReplyDelete
  11. Allah...si Dhira ke...spoil ler pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam hati i pun cakap cam tu...dalam hati jer

      Delete
  12. sibuk sangat ker remy...lama ..sepi....sunyi..jea

    ReplyDelete
  13. hehehe...i tersuarakan pulak apa dalam hati...

    a'ah la remy...x banyak update blog...sibuk ya

    ReplyDelete
  14. "Nur Kasih" bukanlah penyebab saya minat kamu tapi "Cinta Kau dan Aku" plot yang simple tapi amat membuatkan aku tertarik...kita pernah bertemu? semoga "Cinta dalam Hati" success

    ReplyDelete
  15. best sangat http://puridurianbelanda.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. hello bro... pew dew skunk citer bru nie... khabarnyerr .. kini dh jadi mat perang ke a.k.a askor lew ... do all the best ....

    ReplyDelete
  17. Knock..knock..anybody home?? Mr. Remy lama da xde entri baru ni..we miss your writing :(

    ReplyDelete
  18. Jom follow http://teratakdnurdamia.blogspot.com/....

    ReplyDelete
  19. Bro Remy,i suka lakonan u,antara hero filem Melayu yang cool & x sombong, u,Rosyam,Zamarul,Aqasha....u mmg nampak macho la dalam iklan Dashing tu....

    ReplyDelete
  20. Salam Remy, semoga kesihatan Remy semakin pulih..
    Dan sebagai peminat u dan Tiz. i harap both of u duduk berbincang situasi sekarang esp penggunaan social media. Once u close your twitter account dan sekarang on semula.

    Orang tua2 kata soal rumahtangga jangan didedahkan kpd umum.Bukan semua orang satu kepala dengan kita, apa yang kita harapkan sebaliknya akan berlaku..Please, at this fragile time,jangan tambahkan masalah baru dengan menceritakan masalah kpd mereka yg tak sepatutnya..Don't ever do this..Dear Remy,please stick to one..

    Jagalah hati Tiz jika benar dia adalah tulang rusuk mu yg hilang..Memang di saat-saat kita mengecapi bahagia, badai akan melanda.Ia akan menguji keutuhan cinta kalian dan jika berjaya mengatasinya cinta akan mengecapi tahap yg seterusnya.

    Panjatlah doa kpd Yang Esa, itu adalah senjata kita..Doa kami semoga Remy dan Tiz berjaya menghadapi situasi ini dan melangkah ke tahap seterusnya dengan ikatan kukuh sebuah pernikahan.Remy, may be it's time to settle down/ membina masjid supaya hubungan anda berdua sentiasa dibajai kasih dan cinta Ilahi.

    Doa kami mengiringi langkah Remy dan Tiz semoga anda berjaya dalam this battle called love..aminn

    ReplyDelete
  21. both of you are melakanese. and same goes with me. hahah :)

    ReplyDelete
  22. Wow..paling i tertarik dalam blog ni is your photograph! Nice!

    ReplyDelete
  23. salam..woww bro!
    betol! picture dalam blog ni sangat owsemmm!

    ayat yang bro remy tulis pon ohsemm...
    tak sangka laaa..=)

    ReplyDelete
  24. WOW... bro, x lamew lg on 30 august nie.. kuar arrr ko nyer filemm knn... 29 FEBRUARI KN BRO... 3D filem yg pertamew di malaysia tu ... arahan edry kru mesti best bro... overall, keep it up the good work coz your acting mmg perggh terbaik ... dewlaaa cket ak tgk prelude filem ni, shot yg perfect but lu bro nmpak cm skema laa bro dlm filem tuu... apa-apa pun ... u don't worry ... i'm sure this film will be SUCCESS ... keep it up bro ... salam

    ReplyDelete
  25. OST Cinta Dalam Hati http://www.youtube.com/watch?v=UAeS5UZNXew&feature=related

    ReplyDelete
  26. Welcome back to blog !..Remy Ishak is in the house :D

    ReplyDelete