Friday, March 16, 2012

Masa

Rasa macam dah lama sangat aku tak update blog ni, berminggu-minggu juga la rasanya..
nak buat macam mana, aku sibuk sangat.
Sibuk dengan drama 'Cinta dalam hati', sibuk menyiapkan fizikal untuk projek filem yang akan datang pertengahan bulan april nanti. Hmm..

Masa aku sangat terhad buat masa sekarang, lepas habis 'shooting' langsung terus ke gym, walaupun dalam keadaan kaki yang terhencut-hencut, terseliuh.
Lepas 'workout' di gym, balik rumah terus tertidur, letih sangat.

Memang sepatutnya aku berehat saja di rumah lepas waktu penggambaran bila sakit-sakit macam ni,
tapi bila mengenangkan tanggungjawab untuk watak yang kena bawa bulan depan,
rasa bersalah pula kalau lebih memikirkan sakit daripada tanggungjawab.

Memang aku dah dididik dengan cara macam ni dari kecil,
orang tua aku pun selalu pesan "jangan dimanjakan sangat kesakitan..",
Alhamdulillah.. aku pun memang selalu pratikkan pesanan orang tua aku tu, dan hasilnya...
Tuhan itu maha adil, ada bayaran dalam setiap pengorbanan, aku percaya itu tapi tidak selalu mengharapkan.

Rasa macam dah lama sangat tak balik ke Melaka, rindu dengan bau kampung halaman.
Mak pun dah berkali-kali tanya "bila nak balik?", hmm....

23 comments:

  1. Salam... kagum dgn kekuatan semangat Remy. Cuma, klu sakit dibiarkan melarat tanpa rehat yg cukup, takut akhirnya sakit tu jadi terlalu teruk hingga tak dapat tunaikan satu tanggungjawab pun. Bila badan sakit, itu sebenarnya isyarat untuk kita berehat. So, take a good rest if you must. Pulanglah jenguk mak bila berkelapangan, KL-Melaka dekat jer...;-)

    p/s: Cemburu dengar org boleh balik kampung, sbb kampung halamanku terlalu jauh untuk memungkinkan diriku balik ke kampung selalu mcm dulu... :(

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya bangga melihat kesungguhan saudara dalam melaksanakan tugas
    tetapi saya mahu lihat anda selalu berada dalam kesihatan yang baik. Barulah hasil keja anda akan jadi terbaik juga kan..Jangan abaikan kesihatan kerana ia amat berharga, rehat secukupnya dan saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi aktor yang sangat dikagumi. Balik lah menjenguk ibu, sayangi dia semasa masih ada. sekian..

    ReplyDelete
  3. Kesihatan adalah anugerah yang berharga, hargainya..

    InshaAllah, semoga jasa Remy menjaga ibu mendapat keberkatanNYA sentiasa, aminn

    ReplyDelete
  4. bekerja selagi mampu...jgn paksa diri bila da tak larat....nanti tiz sedih n risau...sian dia (sian awak jgk)

    ReplyDelete
  5. kala kesakitan.. kita ingatkan allah... namun kadang-kadang dalam kelapangan kita sering lalai dr mengingatinya... semoga remy bukan insan yang sebigu... tetapkan iman.. teruskan usaha.. semoga remy berjaya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum En. Remy..

    Kagum Lynne dgn Kekentalan dan Semangat En. Remy, walaupun dalam kesakitan, masih juga teruskan kerja... Lynne doakan semoga cepat sembuh, jgn lupa makan ubat & jagalah kesihatan ye! Jika ada masa terluang, berehatlah secukupnya supaya badan akan berasa segar semula.!!!!

    Kami di sini sentiasa menyokong dan tak mahu apa2 yg serius berlaku terhadap En. Remy Ishak (Actor kesayangan kami semua)...
    Boleh tak tlg sampaikan Salam Lynne buat Tiz Zaqyah!

    ReplyDelete
  7. Salam Abg Remy..

    kesihatan jaga dulu before yg lain.. kalau dah melarat jd terok.. apa kerja pon x dpt nak buat..semoga cepat sembuh and success always!

    luv ya! ^^,

    ReplyDelete
  8. salam,

    blog yang menarik..like
    sudi-sudilah singgah di blog sy.

    http://shykin.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. pulanglah.. sementara ada waktu..
    jangan abaikan kesihatan....sebelum terlewat..rehat perlu cukop-cukop
    take care dakremy...

    ReplyDelete
  10. Untungnya ada kampung halaman..untung lagi.. ada ibu yang sentiasa menanti-nanti kepulangan.Kasih ibu yang tak pernah usai.

    ReplyDelete
  11. "Dak'Amat"..Kesihatan dan anggota tubuh badan manusia adalah AMANAH Allah bagi kita menjalani kehidupan seharian dan melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan menjaga, memelihara dan tidak mengabaikan kesihatan..adalah tanda kita bersyukur atas anugerahNya. Hatta..jika salah satu nikmat atau fungsi anggota tubuh kita yg paling kecil sekalipun ditarik oleh Allah, kepayahan dan seksanya hanya empunya badan yg menanggung. Manusia hanya tahu membayar harga sebuah usaha.. tetapi apabila usaha tersebut menuntut dan mengorbankan kesihatan..hakikatnya tiada harga yg setimpal dengan harga nilai sebuah kesihatan.

    ReplyDelete
  12. Salam dak remy ...jangan tak balik kampung, bawak sekali dak tiz...tengah bosan ni...harap dak remy baca ler comen ni..dan terus balik kmapung...ooooo balik kampung..oooo... balik kampung hati girang...jgn marah... hanya singgah sebentar untuk bergurau senda ngan dak remy....

    ReplyDelete
  13. kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D

    ReplyDelete
  14. bermohon kepadaNYA moga dikurniakan kesihatan yang sempurna.amin

    ReplyDelete
  15. Saudara Remy,

    Orang putih kata "Health is Wealth" dan bukan sebaliknya.

    Dak Mas

    ReplyDelete
  16. encik remy..makan suplemen banyak2 !!

    ReplyDelete
  17. aslkm remy
    sis minat dgn lakonan remy..kita sekampung tau kat MT tue...
    sis juz nak ingatkan selalu2 lah balik kg. selagi kedua ibubapa atau salah sorang
    yang masih ada masih diberi peluang bernafas.. balik lah.
    jgn biarkan sebujur tubuh sudah ditutup dgn kain putih baru kita balik dan menyesal
    lagi pun kl-mlk tak jauh.
    sis cadangkan bila ada cuti after shooting larikan diri ke kg. dari remy bosan sorang2 kt kl atau merayau
    mana2 tempat..biar kita menatap wajah mereka sepuas2 nya dan mereka memeluk atau bersembang dgn kita
    sepuas2 nyer

    take care ^_^

    ReplyDelete
  18. everything in life is temporary,so if things are going good,enjoy it bcoz it won't last forever.and if things are going bad,dun worry, it cant last forever either. chill!!

    ReplyDelete
  19. I coudnt agree more with liana..btw just writing to remind myself, we do need to appreciate those who are still around us especially our parents, as it has been our obligation as a muslim to love and care for them. Once they are nonexistent there's no potion to turn back the time. Parents should come first n do treasure them. As we with Allah's willing will become parents one day...

    ReplyDelete
  20. "jangan dimanjakan sangat kesakitan.." correct! :D

    ReplyDelete
  21. klo nk kira btol2, masa tak pernah cukup kan..mungkin penting untuk lunaskan tanggungjawab kita tapi kita perlu ingt, wat yg mana lebih penting dulu,klo sakit tuh dah xtahan..kadang2 perlu gak manjakan kesakitan 2..

    ReplyDelete