Thursday, January 10, 2013

'Surprise' dari Tuhan untuk aku.



"Dengan nama Allah yang maha pemurah  lagi maha mengasihani...
Sesungguhnya Allah itu itu maha mendengar, juga maha lebih mengetahui..."

Dalam sedang aku berimaginasi pasal kehidupan, kepayahan dan usaha seorang wanita  bernama 'Suraya Sadeed' yg menghulurkan bantuan di bumi Afghanistan, 
juga menghayati kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh karakter-karakter dan rakyat yang menjadi mangsa kepada kiamat awal yang telah ditulis didalam buku 'Forbiden lessons in a Kabul Guesthouse', aku dikejutkan dengan satu perkara yang tak diduga, sama sekali tak diduga.

Pernah terfikir tapi tak pernah menjangkakan ianya menjadi nyata.

Satu tawaran, misi dan matlamat dari sebuah badan bukan dari kerajaan  tiba-tiba menerjah masuk ke dalam hidup aku.
"Berkonvoi ke Gaza bersama pacuan 4x4 , dan juga mengumpul dana bagi membantu  penduduk dan Hospital di Gaza".

لاحول ولاقوة إلا بالل
'Surprise' dari tuhan untuk aku..


Pada saat aku didedahkan dengan cerita yang menyayat hati oleh 'Suraya Sadeed',
walaupun hanya dari sebuah buku dan penulisan yg berdasarkan kejadian sebenar, tiba-tiba tuhan utuskan sesuatu kepada aku. 



Panggilan telefon dan tawaran dari seorang kenalan yang aku jumpa ketika sedang membaik pulih kenderaan pacuan empat roda  (4x4) pada tahun lepas,
bikin aku tenung diri dalam cermin lama-lama.. 

Semoga semuanya berjalan lancar,
semoga proses awalnya juga nanti dipermudahkan Allah SWT.
Insyaallah... 







Wednesday, January 2, 2013

Suraya Sadeed

Tinggal beberapa chapter saja lagi untuk aku menghabiskan 'Forbidden lessons in a Kabul Guesthouse'.
Menyelami kepayahan hidup 'Suraya Sadeed' dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang sengsara dek peperangan di bumi Afghanistan.
Mencipta ruang-ruang imaginasi aku sendiri berdasarkan buku yang ditulis dari kejadian sebenar.

Menghayati kepayahan dan kesengsaraan yang kita pernah, dan sedang melaluinya, sebenarnya sedikit sebanyak memberi kita ruang untuk berfikir dan berasa bersyukur dikemudian hari.

Dulu masa zaman masih muda remaja, aku selalu marah dan kecewa pada kepayahan dan masalah yang aku lalui,
aku memberontak dalam diri,
aku mengamuk dalam hati.

Sekarang bila di fikir-fikir,
di tenung sedalam-dalamnya...
ada kenyataan dari aku untuk diri aku sendiri,
'aku punya bekalan'.

Begitu jugalah dengan perjalanan 'Suraya Sadeed' yang masih lagi ligat berada dalam kehidupan aku pada tiap kali aku menyambung helaian terakhir yang telah aku baca.
Sebuah buku yang sangat memberi inspirasi, tentang perjuangan seorang wanita yang cekal dalam mencari maksud dan erti sebenar tentang 'kehilangan' yang dilaluinya.