Wednesday, January 2, 2013

Suraya Sadeed

Tinggal beberapa chapter saja lagi untuk aku menghabiskan 'Forbidden lessons in a Kabul Guesthouse'.
Menyelami kepayahan hidup 'Suraya Sadeed' dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang sengsara dek peperangan di bumi Afghanistan.
Mencipta ruang-ruang imaginasi aku sendiri berdasarkan buku yang ditulis dari kejadian sebenar.

Menghayati kepayahan dan kesengsaraan yang kita pernah, dan sedang melaluinya, sebenarnya sedikit sebanyak memberi kita ruang untuk berfikir dan berasa bersyukur dikemudian hari.

Dulu masa zaman masih muda remaja, aku selalu marah dan kecewa pada kepayahan dan masalah yang aku lalui,
aku memberontak dalam diri,
aku mengamuk dalam hati.

Sekarang bila di fikir-fikir,
di tenung sedalam-dalamnya...
ada kenyataan dari aku untuk diri aku sendiri,
'aku punya bekalan'.

Begitu jugalah dengan perjalanan 'Suraya Sadeed' yang masih lagi ligat berada dalam kehidupan aku pada tiap kali aku menyambung helaian terakhir yang telah aku baca.
Sebuah buku yang sangat memberi inspirasi, tentang perjuangan seorang wanita yang cekal dalam mencari maksud dan erti sebenar tentang 'kehilangan' yang dilaluinya.