Thursday, January 10, 2013

'Surprise' dari Tuhan untuk aku.



"Dengan nama Allah yang maha pemurah  lagi maha mengasihani...
Sesungguhnya Allah itu itu maha mendengar, juga maha lebih mengetahui..."

Dalam sedang aku berimaginasi pasal kehidupan, kepayahan dan usaha seorang wanita  bernama 'Suraya Sadeed' yg menghulurkan bantuan di bumi Afghanistan, 
juga menghayati kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh karakter-karakter dan rakyat yang menjadi mangsa kepada kiamat awal yang telah ditulis didalam buku 'Forbiden lessons in a Kabul Guesthouse', aku dikejutkan dengan satu perkara yang tak diduga, sama sekali tak diduga.

Pernah terfikir tapi tak pernah menjangkakan ianya menjadi nyata.

Satu tawaran, misi dan matlamat dari sebuah badan bukan dari kerajaan  tiba-tiba menerjah masuk ke dalam hidup aku.
"Berkonvoi ke Gaza bersama pacuan 4x4 , dan juga mengumpul dana bagi membantu  penduduk dan Hospital di Gaza".

لاحول ولاقوة إلا بالل
'Surprise' dari tuhan untuk aku..


Pada saat aku didedahkan dengan cerita yang menyayat hati oleh 'Suraya Sadeed',
walaupun hanya dari sebuah buku dan penulisan yg berdasarkan kejadian sebenar, tiba-tiba tuhan utuskan sesuatu kepada aku. 



Panggilan telefon dan tawaran dari seorang kenalan yang aku jumpa ketika sedang membaik pulih kenderaan pacuan empat roda  (4x4) pada tahun lepas,
bikin aku tenung diri dalam cermin lama-lama.. 

Semoga semuanya berjalan lancar,
semoga proses awalnya juga nanti dipermudahkan Allah SWT.
Insyaallah... 







22 comments:

  1. Kalau ada apa2 yg perlukan bantuan dari RIFC jgn segan2 silalah bagitau..mana tau kalau2 kami juga boleh bantu setakat yg mampu bagi membantu rakyat di GAZA....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Ini mungkin "jumpstart" yang dipelukann.

    ReplyDelete
  3. " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. Dia mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" Surah Ali Imran - Ayat 29
    Allah sentiasa tahu apa sahaja yang bermain dihati kita..justeru tawaran yang diterima itu mungkin merupakan kesinambungkan dari apa yang berbekas di hati. Luhurkan niat ziarah ini hanya kerana Allah swt semata. InsyaAllah, selain menimba pengalaman yg berharga ianya juga akan diberkati olehNya. Wallahhualam.

    ReplyDelete
  4. Semoga segalanya selamat dan diredhai... Aminn...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga selamat perjalanannya ye abg remy...

    ReplyDelete
  6. Mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segalanya..amin.

    ReplyDelete
  7. Semoga semua urusan dipermudahkan.

    Anyways, teruskan menulis dan memberi inspirasi...

    ReplyDelete
  8. Niat yang baik insyallah akan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  9. Semuga niat baik remy dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  10. semoga tuhan memberkati keikhlasan anda dlm bantuan yg anda telah berikan..:-)

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah dipermudahkan Allah.. :)
    baru tahu abg remy ada blog...

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum, i need a big favour..

    ReplyDelete
  13. Salam..
    Segala rezeki, nikmat yg dirasskan semuanya dari Sang Pencipta..
    Zikir mathurat, 'Aku redha dgn Allah sebagai Tuhanku, dgn Islam sebagai agamaku dan dgn Muhammad sebagai nabi dan Rasulku.' -amalkan 3 kali setiap pagi dan petang, semoga mendapat ketenangan dariNya

    ReplyDelete
  14. Assalam semoga niat awak tu dapat membantu mereka di sana. Keep writing yea!

    ReplyDelete
  15. NAPE REMY DH X MENULIS LG EK... TERNANTI2 NK BACA PERKEMBANGAN DARI REMY SENDIRI NI...

    ReplyDelete
  16. salam .. abg remy ,..
    da tinggalkn blog ni ke?
    apa khabar terbaru?
    mcm mane dgn konvoi 4x4 ke Gaza?
    kami harap abg masih update dan dapat share your thought with us ..
    ^^v

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah....semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum dan Salam Kenal :D

    Alhamdulillah bagus la ada urusan kebaikan dalam perkara yang amat di perlukan.. Semoga segala urusan di permudahkan Allah .. Amin

    ReplyDelete
  19. Salam..menanti perkembangan terbaru abang remy dalam blog ni :)

    ReplyDelete
  20. Salam..suka dgn lakonan abg dlm apa2 jge drama & filem. Sgt natural bla blakon & menjadi. Macam dlm drama kasih berbisik di tv3 bru2 ni. Keep up the good work ok! *sorry comment lg kat sini..dengan harapn abg akn menulis lagi di blog ini. Hehe. Abg ade bkt menulis jge tau..seriously!*

    ReplyDelete
  21. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete